KUALA LUMPUR – Kerajaan baharu tidak akan membeli balik Proton Holdings Bhd., kerana ia kini menjadi milik hartawan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berkata, demikian semasa sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet hari ini. Syed Mokhtar memegang 55.92 pegangan tidak langsung dalam DRB-Hicom Bhd menerusi syarikat persendiriannya, Etika Strategi Sdn Bhd, yang mana beliau memiliki 90 peratus kepentingan ekuiti. Proton yang ditubuhkan…