Kerajaan Sabah kaji semula semua konsesi balak - Shafie - Utusan Malaysia

Kerajaan Sabah kaji semula semua konsesi balak – Shafie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri Sabah akan mengkaji semula semua konsesi pembalakan di negeri itu bagi membolehkannya  mengambil langkah tertentu  untuk menangi pelbagai isu yang berkaitan dengan  kawasan konsesi berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie berkata, kawasan konsesi yang akan dinilai semula  termasuklah kawasan pembalakan di bawah Unit Pengurusan Hutan (FMU).

“Semua konsesi termasuk FMU, kita akan kaji semula kerana banyak isu berbangkit seperti kes kematian gajah yang mungkin ada kaitan secara langsung dengan pemegang konsesi atau penebangan kayu-kayan di kawasan tadahan air.

“Sekiranya kita dapati kawasan-kawasan konsesi ini mengikut peraturan, maka tiada masalah bagi kita untuk teruskan perlaksanaannya. (Namun) Kalau wujud perkara tidak sihat, kita akan ambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang yang ada,” katanya.

Mohd. Shafie berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Kabinet Negeri Sabah di sini hari ini. Turut hadir ialah dua timbalannya iaitu Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan Christina Liew. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini