Kerajaan pertimbangkan bonus raya - Utusan Malaysia

Kerajaan pertimbangkan bonus raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mempertimbangkan pemberian bantuan kepada kakitangan awam berpangkat rendah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…
GUAN ENG
GUAN ENG

Menteri Kewa­ngan, Lim Guan Eng berkata, beliau akan membuat cadangan itu kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam mesyuarat Kabinet akan datang bagi memutuskan jumlah pemberian bonus berkenaan.

“Sungguhpun gaji kami (menteri) sudah dipotong, saya tahu untuk menyambut hari raya ini ramai yang tertanya-tanya bagaimana dengan bonus raya tetapi saya harap tuan-tuan dan puan-puan bertimbang rasa kerana keadaan ekonomi yang kurang baik.

“Bagaimanapun, untuk kakitangan berpangkat rendah, sa­ya akan meminta se­kurang-kurangnya ada sedikit bayaran namun jangan harap banyaklah, sekurang-kurangnya saya cadangkan tetapi Perdana Menteri akan umum jumlahnya,” kata beliau.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN