Kerajaan Negeri Sembilan beri peruntukan kepada ADUN pembangkang - Utusan Malaysia

Kerajaan Negeri Sembilan beri peruntukan kepada ADUN pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 25 Mei – Kerajaan Negeri Sembilan akan memberi peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi memastikan rakyat di kawasan mereka tidak dipinggirkan.


Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, peruntukan itu akan disalurkan pada tahun depan dan jumlahnya bakal ditentukan oleh pihaknya.

“Oleh kerana mereka telah belanjakan hampir semua peruntukan tahun ini, maka tidak ada peruntukan tambahan dan kita akan lihat semula tahun depan. Kita akan beri kerana tanpa peruntukan adalah sukar untuk menjalankan kewajipan terutama bagi wakil rakyat baharu.

“Mereka telah dipilih oleh rakyat dan sebagai ADUN mereka juga ada matlamat untuk berkhidmat di kawasan masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan di sini hari ini.

Menurut Aminuddin, kerajaan negeri tidak akan menyekat peruntukan kepada pembangkang seperti yang diamalkan sebelum ini kerana ia akan menyusahkan ADUN seperti yang pernah dilaluinya selama dua penggal.

“Saya rasa sendiri apabila tiada peruntukan selama 10 tahun dan saya diketepikan. Tetapi biarlah saya dan rakan-rakan yang pernah jadi pembangkang tanggung dan ia memang cukup sukar dan kita tidak mahu berdendam,” katanya.

Sementara itu, Aminuddin berkata, kerajaan negeri akan mendedahkan sekiranya ada penyelewengan dan rasuah dilakukan oleh pentadbiran sebelum ini kerana ia merupakan sebahagian daripada manifesto Pakatan Harapan.

“Saya sudah berjumpa Suruhanjaya Pencegahanan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari kedua di pejabat dan minta mereka pastikan bukan saja kes-kes terdahulu tetapi juga pastikan hari ini tiada lagi rasuah,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN