Kerajaan jamin hak kebebasan semua kaum - Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Kerajaan jamin hak kebebasan semua kaum – Dr. Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan baharu negara akan terus mempertahankan dan menegakkan Perlembagaan negara selain menjamin hak serta kebebasan semua kaum.

Dalam perutusan Hari Wesak 2018, beliau memberi jaminan bahawa hak semua kaum, majoriti dan minoriti adalah terpelihara dan terlindung di bawah Perlembagaan serta undang-undang negara.

“Penduduk Malaysia yang berlainan keturunan, bahasa, agama dan budaya sudah terima amalan menyambut apa-apa sahaja acara keagamaan bersama-sama. Ini adalah satu keistimewaan Malaysia. 

“Ia sebenarnya satu manifestasi kebebasan beragama yang diamalkan di Malaysia dan kebebasan ini bukan sahaja terhad kepada amalan agama, tetapi juga terhadap bahasa, adat resam dan budaya,” kata beliau.

Namun, Dr. Mahathir menjelaskan kebebasan yang dinikmati itu haruslah dipelihara serta dipertahankan dengan penuh tanggungjawab agar ia tidak dicemari dengan tindakan keterlaluan yang boleh menggugat keharmonian serta ketenteraman perhubungan antara kaum. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×