KUALA LUMPUR 28 Mei – Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kerajaan baharu negara akan terus mempertahankan dan menegakkan Perlembagaan negara selain menjamin hak serta kebebasan semua kaum. Dalam perutusan Hari Wesak 2018, beliau memberi jaminan bahawa hak semua kaum, majoriti dan minoriti adalah terpelihara dan terlindung di bawah Perlembagaan serta undang-undang negara. “Penduduk Malaysia yang berlainan keturunan, bahasa, agama dan budaya sudah terima amalan menyambut apa-apa sahaja acara…











