KUALA LUMPUR 25 Mei – Kerajaan akan menghormati semua kewajiban hutangnya dan masih mempunyai dana untuk membayarnya. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, komitmen untuk menjelaskan hutang berkenaan termasuk jadual pembayaran hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang terhimpit dengan masalah skandal. βKami masih mempunyai dana untuk membayar obligasi kami dan kami akan membayar obligasi kami kerana ia adalah komitmen oleh Kerajaan Persekutuan,β katanya kepada pemberita di Kementerian Kewangan di sini…










