PUTRAJAYA – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Putrajaya apabila menang dengan majoriti 3,372 undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, hari ini. Tengku Adnan memperoleh sebanyak 12,148 undi untuk menewaskan calon Pas, Zainal Abidin Kidam dan calon PKR, Datuk Dr. Samsu Adabi Mamat yang masing-masing memperoleh sebanyak 3,634 dan 8,776, undi. Ini adalah kemenangan beliau untuk kerusi parlimen yang sama buat kali keempat berturut-turut. Pada PRU ke-13 lalu, Tengku Adnan menewaskan calon Pas, Husam Musa dengan majoriti 5,541 undi. Beliau yang ditemui…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya