Keputusan PRU-14: Ismail terus kukuh berkubu di Maran - Utusan Malaysia

Keputusan PRU-14: Ismail terus kukuh berkubu di Maran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib kekal menduduki kerusi tersebut apabila menang dengan majoriti 3,763 dalam pertandingan tiga penjuru bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ismail menewaskan calon PKR, Ahmad Farid Ahmad Nordin dan Hasenan haron (Pas).

Beliau yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Menteri Sumber Manusia itu memberitahu, kemenangan itu merupakan hasil sokongan yang tidak berbelah bahagi pengundi di Parlimen Maran sejak PRU-11.

“BN akan terus kukuh menerajui kawasan Parlimen ini dengan membawa pembangunan untuk meningkatkan ekonomi penduduk di sini hasil daripada kerja keras untuk membela nasib rakyat yang memerlukan.

“Terima kasih kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob yang memberi kepercayaan untuk bertanding di Parlimen Maran serta memberi peluang menganggotai jemaah kabinet penggal lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, beliau turut berterima kasih kepada jentera BN yang telah bertungkus lumus memastikan kemenangan BN di kawasan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×