Kemelut politik rugikan negeri Perlis - Utusan Malaysia

Kemelut politik rugikan negeri Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kemelut pelantikan Menteri Besar Perlis yang baharu terus menjadi perhatian masyarakat negara ini apabila sembilan Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Barisan Nasional (BN) tidak bersetuju dengan pelantikan Datuk Seri Azlan Man memegang jawatan itu.

Pelantikan Azlan yang berusia 60 tahun itu diperkenankan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada Majlis

Istiadat Pelantikan dan Me­ngangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar diadakan pada pukul 11 pagi di Istana Arau, Perlis semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, Azlan telah dipecat sebagai ahli parti berkuat kuasa serta-merta.

Beliau menambah, perkara itu telah dimaklumkan kepada Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pemangku Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam.

Pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam, Shahidan membe­ritahu, mesyuarat BN Negeri Perlis telah memecat Azlan menyebabkan beliau kini me­rupakan ADUN Bebas.

Sebelum ini BN Perlis menamakan adik Shahidan, Datuk Ismail Kassim untuk menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Besar yang baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 berakhir pada 9 Mei lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini