TIADA apa yang mengejutkan di Kelantan. Malam tadi, bulan masih mengambang penuh. Neraca dacing masih tidak seimbang. Langit Kota Bharu masih kekal begitu. Angin Laut China Selatan sepoi-sepoi menyapa tubuh rakyat negeri Serambi Mekah. Nyaman seperti mana hasrat rakyatnya yang mahu kubu mereka kekal utuh. Di Pantai Barat Semenanjung cuaca amat ganas. Tsunami berlaku di Selat Melaka membawa hampir ke Laut Andaman, Johor sehingga ke Kedah. Ranap kesemuanya yang tinggal…










