Kelainan Ayam Tempayan Zalhari curi tumpuan - Utusan Malaysia

Kelainan Ayam Tempayan Zalhari curi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mei – Resipi perapan hasil ciptaan sendiri menggunakan pelbagai rempah ratus menjadi penarik pelanggan seorang peniaga Ayam Tempayan di Bazar Ramadan Taman Melawati.

Memuatkan artikel berkaitan…

ZALHARI SYAHRIL menunjukkan ayam tempayan yang dijual kepada pelanggan di Bazar Ramadan, Taman Melawati, Kuala Lumpur baru-baru ini. UTUSAN/HISYAM AZREN IBRAHIM

Menurut Zalhari Syahril , 29, terdapat 21 jenis bahan yang digunakan seperti rempah ratus, kunyit dan pelbagai lagi bahan segar lain diperap sema­laman sebelum dibakar di dalam tempayan khas.

Menurutnya cara yang diguna pakai itu membuatkan isi ayam menjadi lebih lembut dan membangkitkan aroma tersendiri.

“Saya ber­syu­kur dan tidak me­nyangka idea menggunakan resipi semasa me­ngikuti aktiviti perkhemahan sebelum ini kini menjadi sumber rezeki pada bulan Ramadan,” kata-nya ketika ditemui Utusan Malaysia di bazar berkenaan di sini.

Zalhari berkata, sambutan pelanggan terhadap ayam tempayan yang dijual amat memberangsangkan.

“Kira-kira 200 hingga 250 ekor ayam habis dijual setiap hari di bazar ini.

“Sepanjang tempoh enam tahun berniaga di bazar ini saya sudah mempunyai pelanggan sendiri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN