Kediaman bekas Perdana Menteri masih dikawal ketat - Utusan Malaysia

Kediaman bekas Perdana Menteri masih dikawal ketat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini masih menerima kunjungan beberapa individu sejak awal pagi ini.

Hampir 50 kenderaan dilihat memasuki perkarangan kediaman bekas Perdana Menteri itu untuk tempoh masa yang berasingan.

Tinjauan Bernama mendapati kawasan kediaman bekas Perdana Menteri itu juga masih dikawal ketat oleh empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di balai polis bergerak yang ditempatkan di situ.

Beberapa anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul difahamkan ditugaskan untuk menjaga keselamatan di samping mengawal kawasan tersebut sejak Sabtu lepas.

Selain itu, beberapa petugas media dari dalam dan luar negara masih lagi berkampung di kawasan tersebut demi menanti sebarang perkembangan terkini berkaitan bekas Perdana Menteri itu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×