ALOR SETAR 22 Mei – Kedah berkemungkinan besar terpaksa mengadakan sekali lagi Pilihan Raya Negeri jika kerajaan dan pembangkang daripada Pas serta Barisan Nasional (BN) gagal mencapai persetujuan dalam soal pemilihan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN). Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, sehubungan itu dia berharap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang Kedah merestui calon Speaker DUN yang dipilih Pakatan Harapan (PH). “Yang menjadi isu kritikal adalah pemilihan Speaker DUN kerana…










