NILAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan sindiket pengedaran dadah berbahaya terbesar di negara ini dengan merampas syabu seberat 1.187 tan bernilai RM71 juta dalam satu serbuan di sebuah pasar raya di Seri Kembangan, Selangor, minggu lalu. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, turut dirampas di lokasi itu adalah dadah jenis heroin dengan berat kasar 750 gram bernilai RM120,000 serta pelbagai jenis barang disyaki belum lulus kastam bernilai RM95,000.…










