Karier Alcantara kelam di Bayern - Utusan Malaysia

Karier Alcantara kelam di Bayern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN – Pemain te­ngah Bayern Munich, Thiago Alcantara belum pasti masa depannya bersama juara Bundesliga, namun kini fokusnya lebih tertumpu kepada Piala Dunia Rusia terlebih dahulu.

Pemain berusia 27 tahun tersebut telah memperbaharui kontraknya selama empat tahun bersama Ba­yern pada April tahun lalu, namun kini dia dikaitkan akan kembali ke Barcelona beberapa minggu kebelakangan ini.

Alcantara telah melakukan 32 penampilan bersama Bayern dalam semua pertandingan, namun masih terlepas untuk beraksi 90 minit pada dua aksi penting kelab tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia terlebih dahulu menduduki bangku simpanan pada aksi separuh akhir pertama ketika berdepan Real Madrid dan dia yang juga pemain skuad kebangsaan Sepanyol berang selepas ditukarkan ketika mereka tewas kepada Eintracht Frankfurt pada final Piala DFB-Pokal.

Alcantara kini lebih memilih untuk mengetepikan spekulasinya kerana mahu fokus kepada Piala Dunia dan mengakui masa depannya di Allianz Arena masih belum pasti lagi.

“Seperti apa yang telah saya maklumkan, saya baru sahaja menandatangani kontrak baharu tahun lalu, namun dalam bola sepak ia sangat sukar.

“Kini saya mahu fokus kepada Piala Dunia terlebih dahulu. Saya perlu meninggalkannya buat sementara waktu dan memikirkan perkara yang lebih pen­ting,” kata Thiago.

Thiago menyertai Ba­yern pada 2013 selepas berhijrah daripada Barcelona dan berjaya menyumbangkan lima gelaran juara liga berturut-turut, DFB-Pokal, Supercup DFL dan Piala Kelab Dunia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini