PUTRAJAYA 24 Mei – Kakitangan tetap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak perlu gusar dengan pembubaran agensi itu kerana mereka akan diserapkan serta-merta ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ketika ini terdapat 1,000 kekosongan pelbagai jawatan di JPJ dan kekosongan itu akan diisi oleh kakitangan tetap SPAD yang telah dibubarkan semalam. Beliau berkata, kakitangan SPAD ketika ini boleh meneruskan kerja seperti biasa namun peranannya…










