Kadar parkir di stesen MRT turun mulai esok - Utusan Malaysia

Kadar parkir di stesen MRT turun mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) yang mengendalikan kemudahan Park and Ride di sepanjang Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) akan menurunkan kadar parkir bermula esok.

Mulai 1 Jun, bayaran parkir di Kemudahan Park and Ride bagi pengguna MRT adalah RM4 bagi setiap kemasukan sehari berbanding RM4.30 sebelum ini manakala caj bagi motosikal ialah RM1.00 bagi kemasukan sehari berbanding RM1.10 sebelum ini.

Menurut kenyataan MRT Corp di sini hari ini, kadar baharu itu mencerminkan penurunan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada sifar peratus.

“Kemudahan Park and Ride yang dikendalikan oleh MRT Corp adalah di Sungai Buloh, Phileo Damansara, Maluri, Taman Midah, Taman Suntex, Bandar Tun Hussein Onn, Bukit Dukung dan Sungai Jernih,” katanya.

Pengguna yang menggunakan kemudahan parkir tetapi tidak menggunakan MRT akan dikenakan kadar parkir yang berbeza bergantung kepada lokasi kemudahan Park and Ride yang digunakan.

Menurut kenyataan itu lagi, NRT Corp telah bertemu pihak luar yang mengendalikan kemudahan parkir lain di sepanjang Laluan SBK seperti di Kwasa Damansara, Sentral, Bandar Utama, Pusat Bandar Damansara dan Kajang bagi menasihat mereka agar menyemak semula kadar parkir untuk mencerminkan kadar baharu GST. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN