KUALA LUMPUR 20 Mei – Senarai calon menteri Kabinet yang dikeluarkan dua hari lalu menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai, terutamanya pengguna media sosial yang berlumba-lumba memberikan pandangan masing-masing. Perkembangan ini adalah positif memandangkan rakyat kini mula mengambil perhatian terhadap hal ehwal pentadbiran negara sekali gus membantu memangkin usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat demokratik dan berilmu di negara ini. Esok, 13 orang calon menteri yang disenaraikan (tidak termasuk Perdana Menteri,…










