PENUGASAN Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bukan sekadar terhad di perairan negara sahaja dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terpelihara. Malah seiring dengan perolehan aset seperti pesawat Bombardier CL 415 MP dan helikopter jenis AW139 serta AS350 Dauphin, Maritim Malaysia berusaha melahirkan lebih ramai juruterbang berkaliber tinggi untuk mengoperasikan aset terbabit. Maka tidak hairanlah empat lagi juruterbang helikopter berjaya dilahirkan agensi itu selepas menjalani latihan di Layang-Layang Flying Academy…










