KUALA LUMPUR 19 Mei – Jenazah juruterbang pesawat komersial Melayu pertama, Hassan Ahmad, 82, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemensah di sini kira-kira pukul 12 tengah hari ini. Kira-kira 80 penduduk setempat termasuk saudara serta kenalan hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham. Hassan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini kira-kira pukul 9.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada Khamis lalu…










