Johor bakal muncul pengeluar lembu daging terbesar negara - Utusan Malaysia

Johor bakal muncul pengeluar lembu daging terbesar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI – Johor bakal muncul sebagai pengeluar lembu daging terbesar negara menerusi penternakan lembu yang dicadangkan di Muar, Segamat dan Pagoh.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, beliau akan mengemukakan cadangan berkenaan kepada Kabinet bagi mendapatkan kelulusan segera.

“Saya telah membuat kenyataan berhubung National Feedlot Corporation (NFC) sebelum ini. Satu kertas cadangan ke kabinet akan saya bawa untuk teruskan projek ini yang objektifnya sangat baik untuk membekalkan 30 peratus keperluan daging tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Insya-Allah, sekiranya projek ini diluluskan Kabinet dengan peruntukan diberikan, Johor akan menjadi hab penternakan lembu daging yang saya rasa terbesar dalam negara kita,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Osman Sapian di Pejabat Menteri Besar di Kota Iskandar hari ini.

Salahuddin berkata, dalam perbincangan terbabit, beliau meminta Osman untuk meneliti semula status tanah di Muar, Segamat dan Pagoh, yang sebelum ini dikatakan ladang untuk ternakan lembu bagi syarikat NFC untuk menjayakan projek penternakan berkenaan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini