skuad Jepun berada dalam kelas tersendiri apabila muncul juara Piala Uber setelah menewaskan Thailand 3-0 pada aksi final di Arena Impact, Bangkok, Thailand semalam.
Jepun memperoleh mata pertama menerusi Akane Yamaguhci yang menewaskan Ratchanok Intanon 21-15, 21-19. pasangan Yuki Fukushima-Sayaka Hirota kemudian meneruskan rentak cemerlang negara matahari terbit itu apabila mudah menewaskan pasangan, Jongkolphan Kititharakul-Puttita Supajirakul 21-18, 21-12 untuk meraih mata kedua.
Jepun dinobatkan sebagai juara apabila meraih mata kemenangan menerusi Nozomi Okuhara yang mengalahkan Nitchaon Jindapol 21-12, 21-9
Kemenangan yang diraih pasukan wanita itu menjadi inspirasi buat skuad lelaki yang akan membuat perhitungan dengan China pada final Piala Thomas di venue sama pada pukul 2 petang ini.
Skuad lelaki akan menurunkan pemain-pemain handalannya termasuk Kento Momota, Kenta Nishimoto, Kanta Tsuneyama, Kazumasa Sakai, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda, Takuto Inoue-Yuki Kaneko dan Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe.
China juga mempunyai azam sama apabila tekad kembali menyambung legasi mereka sebagai juara lima kali berturut-turut setelah kali terakhir merangkul kejuaraan pada tahun 2012.
China menaruh harapan kepada pemain bintangnya iaitu Chen Leong, Liu Cheng-Zhang Nan, Shi Yuqi, Wang Yilyu-Zheng Siwei, Qiao Bin, Li Junhui-Liu Yuchen dan Lin Dan untuk merangkul kejuaraan pada edisi kali ini.










