Jelajah Ramadan RTM beri peluang anak yatim beli baju raya - Utusan Malaysia

Jelajah Ramadan RTM beri peluang anak yatim beli baju raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 26 Mei – Seramai 40 penghuni Rumah Anak Yatim Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, di sini hari ini ceria apabila mereka berpeluang memilih dan membeli sendiri baju raya untuk dilaram pada pagi Syawal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kegembiraan jelas tergambar di wajah mereka sebaik sahaja menerima wang saku sebanyak RM150 setiap seorang sebelum dibawa ke pasar raya KB Mall, di sini menerusi program Jelajah Ramadan RTM.

Pengarah Radio Televisyen Malaysia (RTM) Negeri, Noriani Mohd Idris berkata, wang saku diberi kepada anak-anak yatim tersebut kerana pihkanya mahu memberi peluang untuk mereka memilih sendiri pakaian yang diminati.

“Jelajah Ramadan merupakan program tahunan RTM. selalunya kita akan masuk ke kampung untuk ringankan beban golongan kurang bernasib baik, tetapi kali ini kami buat kelainan dengan meraikan anak-anak yatim.

“Saya juga berterima kasih kepada tiga penaja utama kerana sudi menjayakan program ini iaitu Perodua Sdn. Bhd., Eniq World Sdn. Bhd. serta D’nasr Kecantikan,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Noriani berkata, menerusi Jelajah Ramadhan yang memasuki edisi ketujuh kali ini, Perodua telah menaja pengangkutan anak-anak yatim tersebut dari satu tempat ke satu tempat untuk memudahkan perjalanan mereka.

Menurutnya, setelah anak-anak yatim sampai di KB Mall, mereka diberi wang tunai sebanyak RM150 seorang yang merupakan sumbangan Eniq World. 

“Pada malam ini, anak-anak yatim ini akan berbuka puasa di Hotel Perdana. D’nars Kecantikan akan memberi sumbangan wang zakat kepada mereka dalam majlis tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN