Jelajah Ramadan kenangan terindah - Utusan Malaysia

Jelajah Ramadan kenangan terindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 28 Mei- Ramadan kali ini pastinya meninggalkan kenangan terindah buat 40 anak yatim dari kawasan pedalaman Dungun yang dibawa bersiar di pusat bandar raya ini dan diraikan dalam majlis berbuka puasa di hotel ternama semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengalaman cukup mengujakan dan tambah menceriakan mereka apabila pulang berbekalkan pakaian raya yang dipilih sendiri ketika berpeluang membeli-belah di pasar raya besar di samping wang saku dalam

Program Jelajah Ramadan anjuran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

 Menurut Pengurus Ketengah, Omar Ismail,  melalui program  bersama dengan Radio Televisyen Malaysia(RTM), anak-anak yatim itu dipilih dari tiga  buah sekolah di wilayah Ketengah iaitu  di Bandar Al Muktafi Biilah Shah dan Bukit Besi.

 “Jelajah Ramadan ini merupakan sebahagian daripada kegiatan tahunan Ketengah bagi membantu golongan yang memerlukannya,” katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa di di Hotel TH di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah RTM Terengganu, Lokman Muda serta petugas media. Program  ini dibiayai oleh Tabung Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketengah Holding Sdn Bhd iaitu anak syarikat Ketengah.

 Selain meraikan anak-anak yatim, dalam program selama dua hari itu turut diadakan penyampaian sumbangan kepada penduduk di kampung Basung, kampung Padang Setebu dan kampung Pasir Dula Hulu Terengganu bersama majlis berbuka puasa.

Tambah Omar lagi, program ini lebih menjurus  ke arah menyantuni golongan yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan juga penduduk yang uzur dan memerlukan bantuan.

“Semoga sumbangan dan bantuan ini dapat membantu meringankan beban serta menceriakan penduduk yang berada dalam wilayah Ketengah yang sememangnya sentiasa diberi perhatian oleh pihak kami,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini