Jamal tampil pada Rabu? - Utusan Malaysia

Jamal tampil pada Rabu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM 28 Mei – Peguam kepada Datuk Seri Jamal Md. Yunos optimis Pengerusi NGO-NGO Malaysia itu akan tampil menyelesaikan prosiding ikat jamin selewat-lewatnya pada Rabu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Datuk Mohd. Imran Tamrin berkata, anak guamnya itu bagaimanapun ketika ini belum bersedia tetapi mengesahkan sudah berunding dengan pihak polis agar semua proses berkenaan berjalan lancar.

“Sehingga petang tadi, beliau masih belum tampil (ke mahkamah).
Memandangkan waktu pejabat sudah tutup, kami bersedia ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya sekiranya mendapat makluman yang beliau akan hadir ke sana

“Kami pun masih menanti…kalau beliau masih tidak bersedia datang hari Isnin…esok, Selasa hari cuti umum (Wesak), jadi mungkin hari Rabu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kepada soalan lokasi sebenar di mana Jamal berada, Mohd. Imran menjelaskan pihaknya tidak dapat memastikan lokasi sebenar Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu tetapi percaya Jamal masih berada dalam negara.

‘Kami tidak merasakan Jamal melarikan diri, cuma beliau belum bersedia untuk keluar…jadi kami masih berusaha meyakinkan beliau (untuk menyelesaikan segera kes tersebut),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN