KOTA BHARU 28 Mei – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob menegaskan institusi agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mesti dipertahankan di negara ini. Menurutnya, walau apa jua cubaan mahupun desakan untuk memansuhkannya, institusi yang merupakan lambang syiar Islam itu perlu dikekalkan. “Saya berpandangan sama seperti Mufti Kelantan yang mana institusi itu (Jakim) mesti dipertahankan. Jakim sudah terbukti memberi kebaikan amat besar kepada umat Islam. “Institusi itu jugalah…











