JARUM jam di dinding sudah melewati angka 12 tengah malam. Namun, di satu sudut rumah pangsapuri di Seremban, Negeri Sembilan, Roslan Sarbaini, 57, tenggelam dalam keasyikan untuk menyiapkan songkok menggunakan mesin jahit elektrik yang berusia lebih tiga dekad miliknya. Jika tidak diganggu dan keadaan kesihatannya mengizinkan, bapa kepada tiga orang cahaya mata itu boleh terus menjahit berjam-jam lamanya. Dia tidak kisah bersengkang mata sehingga pukul 2 pagi demi menyiapkan tempahan…










