KUALA LUMPUR 13 Mei – Kebanggaan akhirnya dirasai pada hari terakhir Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2018 apabila satu rekod kebangsaan diperbaharui oleh jaguh baling tukul besi negara Jackie Wong. Selepas dua hari pertandingan yang hambar tanpa sebarang pencapaian membanggakan melibatkan atlet elit negara, Jackie mencatatkan 66.01 meter (m) menerusi percubaan ketiga saingan akhir acaranya dalam laluan untuk memenangi pingat emas. Catatan itu hampir satu meter lebih baik berbanding rekod lama…










