ARAU 22 Mei – Isu pelantikan Menteri Besar akhirnya dipercayai selesai apabila Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyembah menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan menyatakan persetujuan untuk mengekalkan Datuk Seri Azlan Man menjawat jawatan nombor satu negeri ini itu di Istana Arau, di sini hari ini. Menurut sumber, Ahmad Zahid bersetuju berhubung pelantikan Azlan itu seperti mana diperkenankan Tuanku…










