Istana Negara nafi dakwaan Agong lengahkan pelantikan Tun Mahathir sebagai PM - Utusan Malaysia

Istana Negara nafi dakwaan Agong lengahkan pelantikan Tun Mahathir sebagai PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Istana Negara menafikan sekeras-kerasnya sebarang dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V melengah-lengahkan pelantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab.Aziz berkata, tuanku telah menjalankan tugas serta tanggungjawab baginda mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dalam melantik Tun Mahathir sebagai perdana menteri. “Tuanku Yang di-Pertuan Agong menyokong penuh dan menghormati proses demokrasi dan kehendak rakyat baginda,” katanya dalam satu kenyataan malam ini. Menurut Wan Ahmad Dahlan, Istana Negara menerima keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) untuk semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara daripada Pengerusi  Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah pada pukul 2.45 petang tadi. Beliau berkata, Istana Negara juga…

Sokong kewartawanan kami

PERCUMA

1 bulan

1 Bulan / RM4.99

Sehari hanya RM0.17

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN