Ismail, Azlan, Azizan kunci mulut siapa MB Perlis - Utusan Malaysia

Ismail, Azlan, Azizan kunci mulut siapa MB Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Tiga calon Menteri Besar Perlis enggan mengulas dan mengesahkan mereka bakal menjadi Menteri Besar Perlis yang kelapan selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim yang merupakan adik bongsu Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim enggan memberikan sebarang komen ketika cuba dihubungi hari ini.

“Biar Tuanku (Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail) memutuskan segala-galanya,” katanya.

Dalam pada itu, ADUN Santan, Azizan Sulaiman turut menyerahkan kepada kebijaksanaan Raja Perlis untuk memilih Menteri Besar yang baharu.

“Kita harapkan yang terbaik untuk negeri Perlis dan rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, penyandang Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man disebut-sebut akan menyambung jawatan nombor satu di Perlis itu untuk satu penggal lagi.

Difahamkan, Azlan mendapat perkenan dan direstui oleh Tuanku Syed Sirajuddin kerana pengalamannya dan pengurusan yang efisien mentadbir kerajaan negeri selepas PRU-13.

Bagaimanapun, Azlan juga menyerahkan sepenuhnya kepada Raja Perlis untuk menentukan siapa yang layak menjadi Menteri Besar Perlis pasca PRU-14. – K! ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN