BAITULMUQADDIS – Pasukan bersenjata Iran di Syria melancarkan bedilan roket menyasarkan beberapa pangkalan tentera Israel di Bukit Golan awal semalam, kata Israel, mendorong Rejim Zionis melancarkan serangan balas paling hebat ke atas Syria sejak konflik bermula pada tahun 2011. Serangan sejurus selepas tengah malam itu ke atas Bukit Golan yang dikuasai Israel, menandakan kali pertama pasukan bersenjata Iran menyerang Rejim Zionis dari Syria di mana mereka dikerah bersama militia Syiah…










