Inter sah ke Liga Juara-Juara - Utusan Malaysia

Inter sah ke Liga Juara-Juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN 21 Mei – Inter Milan terpaksa berdepan detik cemas sebelum mengesahkan tiket ke Liga Juara-Juara musim depan apabila terpaksa bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Lazio 3-2 dalam aksi terakhir Serie A di Stadio Olimpico, semalam.

Skuad Nerazzurri itu wajib menang ke atas Lazio manakala lawan mereka hanya perlu mencatat keputusan sekurang-kurangnya seri untuk mara ke kejohanan berprestij itu.

Jaringan lewat permainan daripada kapten, Mauro Icardi dan Matias Vecino memastikan Inter kembali membuat penampilan di pentas Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2012 bersama Juventus, Napoli dan Roma.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sasaran kami adalah Liga Juara-Juara dan kami berjaya melakukannya. Perlawanan hari ini tidak berjalan seperti dirancangkan namun kami mempamerkan kekuatan untuk kembali ke landasan,” kata penyerang Argentina, Icardi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini