KUALA LUMPUR 14 Mei – Sebarang usaha bagi membebaskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlulah mengikut kesemua prosedur dan undang-undang yang telah ditetapkan. Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, peralihan kuasa politik Kerajaan Pusat tidak bermakna Pakatan Harapan (PH) boleh melakukan apa sahaja yang dikehendaki sehingga tidak mematuhi undang-undang. Katanya, rakyat akan menilai segala tindak-tanduk kerajaan baharu dan tidak akan berdiam diri…










