Ibu bapa dikecam biarkan anak ‘menunggang’ ular sawa gergasi - Utusan Malaysia

Ibu bapa dikecam biarkan anak ‘menunggang’ ular sawa gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA, Indonesia – Tindakan ibu bapa yang didakwa sengaja membiarkan dua kanak-kanak perempuan ‘menunggang’ seekor ular sawa gergasi di sini mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengguna internet.

Satu rakaman yang tular di media sosial menunjukkan kedua-dua anak kecil itu bermain dengan reptilia gergasi yang tergolong sebagai salah seekor ular paling berat dan terpanjang di dunia. Lokasi sebenar rakaman tidak didedahkan.

Kedua-dua kanak-kanak itu dilihat memanjat dan duduk di atas ular sawa berkenaan sambil melemparkan senyuman ke arah kamera rakaman. Tiada mana-mana orang dewasa dilihat berada berhampiran mereka atau mengawasi keadaan.

Ular sawa tidak mempunyai bendalir racun pada kedua-dua taring tetapi mampu menelan seorang dewasa atau haiwan dan berupa menghancurkan tulang dengan membelit badan mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Klip rakaman yang dikongsi di Facebook pada Isnin lalu dan ditonton lebih tiga juta kali.

Seorang netizen, Seasaen Tha menyatakan ular itu adalah haiwan liar dan kecuaian ibu bapa boleh menyebabkan anak mereka menjadi makanan reptilia berkenaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×