HSR dibatalkan namun tetap tertakluk perbincangan Singapura - Utusan Malaysia

HSR dibatalkan namun tetap tertakluk perbincangan Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 30 Mei – Mesyuarat Kabinet bersetuju dengan pembatalan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) namun keputusan akhir akan tetap tertakluk kepada perbincangan dengan Singapura.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pihak kerajaan sedar pembatalan projek tersebut mempunyai implikasi kewangan yang tinggi.

Selain itu, Dr. Mahathir mengumumkan projek Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) tidak akan diteruskan.

“Kita tidak melihat hanya HSR, kita juga mengkaji beberapa projek lain, kalau tidak memberi manfaat, projek itu akan dibatalkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, kerajaan akan menubuhkan sebuah Tabung Harapan Malaysia yang dikendalikan oleh Kementerian Kewangan bagi menerima derma orang ramai yang hendak membantu kedudukan kewangan negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN