Hotel Casa del Rio Melaka tawar sajian Bersantai Sedulang - Utusan Malaysia

Hotel Casa del Rio Melaka tawar sajian Bersantai Sedulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 23 Mei – Bersempena bulan Ramadan, Hotel Casa del Rio di Jalan Kota Laksamana di sini menawarkan bufet Bersantai Sedulang dengan tema makan sajian kampung untuk pengunjung yang berbuka puasa di hotel ini.

Selain menyediakan juadah berasaskan masakan sajian Melayu dan Nyonya, hotel itu turut menawarkan hadiah penginapan dua malam atau baucar makan malam bernilai RM2,000 kepada pengunjung yang datang menikmati bufet di hotel tersebut sepanjang Ramadan ini.

Pengarah Jualan dan Pemasarannya, Agnes Tay berkata, hadiah penginapan yang ditawarkan adalah di Hotel Concorde Shah Alam; Hotel Concorde Kuala Lumpur; Hotel Concorde Singapura, Hotel Hard Rock Cafe Pulau Pinang dan Casa del Rio Melaka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan berbekalkan pengalaman chef eksekutif kami iaitu William Teo, beliau menyediakan enam jenis hidangan makanan dalam dulang dalam tiga menu berbeza seminggu.

“Antara hidangan yang istimewa adalah Ikan Tenggiri Gerang Asam Nyonya, Sambal Udang Petai, Daging Goreng Lada Hitam, Ayam Penyet Panggang dan Nyonya Chap Shai pasti memuaskan hati pengunjung,” katanya ketika ditemui pada majlis pengenalan bufet Ramadan di hotel itu di sini malam ini.

Menurut Agnes, harga bufet yang ditawarkan kepada pengunjung sepanjang bulan Ramadan yang bermula pukul 6.30 petang hingga 10 malam itu adalah RM70 bagi pengunjung dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak.

Orang ramai yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi talian 06-2896881 sepanjang tawaran bufet itu berlangsung sehingga 14 Jun depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN