Hormati keputusan meskipun ramai kecewa - Salahuddin - Utusan Malaysia

Hormati keputusan meskipun ramai kecewa – Salahuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mei – Naib Presiden Pakatan Harapan, Salahuddin Ayub menyeru semua pihak menghormati keputusan yang dibuat meskipun mendakwa ramai yang kecewa apabila beliau tidak dilantik sebagai Menteri Besar Johor.

Salahuddin berkata, perkara tersebut adalah bagi memastikan kestabilan kerajaan dan semangat permuafakatan dalam Pakatan Harapan tidak goyah.

“Saya sedar ramai yang kecewa kenapa saya tidak dilantik sebagai Menteri Besar Johor. Semua harus faham bahawa pelantikan jawatan Menteri Besar adalah tertakluk kepada apa yang tercatat di dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Johor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masih banyak ruang yang saya boleh berperanan selepas ini di Johor. Apa yang penting kita mesti menunaikan tanggung jawab besar di atas mandat yang telah rakyat berikan kepada kita,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×