Honor 10 kini di pasaran dengan harga RM1,699 - Utusan Malaysia

Honor 10 kini di pasaran dengan harga RM1,699

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mei – Honor Malaysia, e-jenama peranti mudah alih sebahagian daripada Huawei Consumer Business Group melancarkan telefon pintar terbaharu, Honor 10 pada harga RM1,699.

Ketua Honor Malaysia, Zhao Zhiwei berkata, ia ditawarkan dalam tiga warna iaitu Phantom Blue, Glacier Grey dan Midnight Black dengan 15 lapisan warna yang sentiasa berubah menghasilkan kesan aurora yang menakjubkan.

Katanya, telefon Honor 10 mencerminkan reka bentuk terbaik jenama dengan teknologi estetik.

“Telefon ini memantul cahaya yang menimbulkan warna berbeza. Honor 10 memberikan nilai eksklusif kepada pengguna pada masa yang sama menampilkan keperibadian individu yang me­nyerlah.

“Menyedari kepentingan gambar terutamanya oleh warga era digital, Honor 10 direka khusus dengan dwi kamera 24 megapiksel (MP) dan 16MP,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Teknologi Segmentasi Imej Semantik kamera belakang membolehkan pemisahan lapisan dari imej dan pengenalpastian pelbagai objek dalam imej tunggal yang menjadikan foto kelihatan profesional.

Manakala kamera depan memastikan fokus yang tepat, memberikan butiran kepada wajah dalam gambar kumpulan.

Honor 10 mempunyai bate­ri berkapasiti 3,400 mAh yang menyokong fungsi pengecasan pantas, mampu untuk mengecas sehingga 50 peratus kuasa de­ngan hanya tempoh 25 minit pengecasan.

Dari segi sistem operasi pula, Honor 10 hadir dengan sistem operasi EMUI 8.1 yang berlandaskan sistem Android 8.1 Orea.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN