Holiday Villa KB rai 60 anak yatim - Utusan Malaysia

Holiday Villa KB rai 60 anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 20 Mei – Seramai 60 anak yatim dari empat rumah kebajikan di sekitar daerah ini dan Pasir Puteh teruja apabila diraikan dalam majlis berbuka puasa di Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu, di sini semalam.

Majlis tersebut diadakan oleh Pengarah Urusan Zee Palace Hotel Sdn. Bhd. yang juga pemilik hotel berkenaan, Datuk Wan Zaid Wan Abdullah dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Pembangunan Insan Kelantan.

Mereka yang diraikan adalah penghuni Rumah Anak Yatim dan Dhuafa’ al-Qamariah; Rumah Anak Yatim dan Dhuafa’ Baitul Ruhana; Rumah Anak Yatim dan Dhuafa’ Darul Huffaz serta Rumah Anak Yatim dan Dhuafa’ Sri Peraksi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Wan Zaid, program itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya dalam memastikan golongan tidak bernasib baik mendapat perhatian sewajarnya.

“Bagi pihak Holiday Villa Hotel & Suites, Ramadan adalah masa terbaik untuk mendekati anak-anak yatim yang tidak punya sesiapa untuk bergantung. Kita mahu menggembirakan mereka.

“Insya-Allah kita merancang untuk terlibat dengan lebih banyak program kebajikan seumpama ini dari semasa ke semasa,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Pembangunan Insan Kelantan, Mohd. Nazri Mohd. Nor berkata, pihaknya menghargai inisiatif dilakukan Wan Zaid dan seluruh pengurusan hotel.

“Alhamdulillah, rezeki anak-anak ini sentiasa murah menjelang Ramadan dan Syawal. Saya harap syarikat-syarikat lain turut mengambil inisiatif sama seperti dilakukan Holiday Villa Hotel & Suites,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini