Hentikan kegiatan pembalakan - Utusan Malaysia

Hentikan kegiatan pembalakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Penduduk Kampung Kuala Kenau di sini bertegas meminta kerajaan negeri mengeluarkan arahan pemberhentian sementara waktu atau moratorium ke atas kegiatan pembalakan di Bukit Segantang di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…
WAN SUHAILI
WAN SUHAILI

Wakil penduduk, Wan Suhaili Wan Kamarul Zaman, 34, berkata, ia bagi membolehkan siasatan penuh dapat dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar pencemaran kolam tadahan air yang berada di kawasan hutan tersebut.

“Kalau Jabatan Perhutanan Pahang mahu nafi masalah penduduk hadapi, mungkin jalan terbaik ialah hentikan pembalakan buat sementara waktu untuk siasat punca sebenar.

“Penafian seperti itu tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk kampung. Pengarah Perhutanan tolonglah datang melihat sendiri dan bukan mengharapkan laporan daripada para pegawai sahaja kerana isu ini bukan rekaan,” tegasnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN