RASANYA masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh. Begitu juga kepada semua wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat sama ada di peringkat Parlimen mahupun di peringkat Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Rabu lalu. Setelah seminggu rakyat di seluruh negara selesai melaksanakan tanggungjawab memilih pemimpin masing-masing melalui PRU-14, kini seharusnya sudah tiba masanya untuk…

								








