Hanya 10 kementerian - Utusan Malaysia

Hanya 10 kementerian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mei – Tun Dr. Mahathir Mohamad akan membentangkan senarai nama yang bakal mengetuai 10 kementerian selepas keputusan dicapai dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, esok.

Menurut Perdana Menteri, pa­da masa ini, persetujuan yang dicapai adalah pembentukan Kabinet kecil yang akan menjalankan tanggungjawab utama bagi membolehkan kerajaan menunaikan jan­ji kepada rakyat.

“Mesyuarat hari ini bukan berkaitan pembentukan Kabinet tetapi berhubung penyenarai­an beberapa polisi utama bagi membolehkan janji-janji dalam manifesto dapat dilaksanakan. Tidak ada istilah parti senior atau ju­nior, semua adalah sama di bawah Pakatan Harapan.

“Perkara ini dibincangkan secara mendalam dan pada masa ini kami bersedia membentuk kabinet kecil dengan 10 kementerian ke­rana tidak mahu kabinet yang besar,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini, hari ini.

Dr. Mahathir memberitahu, 10 kementerian itu ialah Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Ekonomi, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Multimedia, Sains dan Teknologi serta Kementerian Luar .

Ujar beliau, parti komponen akan menyediakan senarai nama yang ingin dicalonkan dalam barisan Kabinet dan keputusan penuh dibuat dalam mesyuarat esok.

Jelas Dr. Mahathir, tindakan itu bukan bermaksud pakatan tidak bersatu, sebaliknya ini adalah proses yang membolehkan semua parti terlibat dalam Kabinet kerana Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×