Hampir 14 hari selepas PRU-14, Perlis belum lantik Menteri Besar - Utusan Malaysia

Hampir 14 hari selepas PRU-14, Perlis belum lantik Menteri Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU – Penantian lebih 250,000 rakyat Perlis untuk mengetahui siapa Menteri Besar yang kelapan negeri itu masih belum menemui jawapannya hampir 14 hari selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau di sini hari ini tidak menunjukkan sebarang perkembangan dan komen positif berhubung isu itu.

Ahmad Zahid yang ditemui pemberita di luar Istana Arau enggan memberikan sebarang komen lanjut.

“Terima kasih,” katanya sambil melambai-lambaikan tangan.

Turut hadir pada pertemuan itu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga merupakan Naib Presiden UMNO.

Situasi ini mengulangi apa yang berlaku pada 2008 pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) apabila Tuanku Syed Sirajuddin mengambil masa selama dua minggu untuk memberi perkenan kepada Menteri Besar Perlis pada masa itu, Datuk Seri Md. Isa Sabu menjawat jawatan itu.

Perlis merupakan satu-satunya negeri yang masih belum mengumumkan Menteri Besar untuk membentuk kerajaan negeri baharu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN