BUENOS AIRES 26 Mei – Penjaga gol, Nahuel Guzman dipanggil untuk menyertai skuad Argentina bagi menggantikan Sergio Romero selepas nama pemain Manchester United itu dikeluarkan daripada senarai 23 pemain untuk aksi Piala Dunia 2018 di Rusia selepas mengalami kecederaan lutut. Perkara tersebut disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA), baru-baru ini. Guzman yang beraksi bersama kelab Mexico, Tigres kini menyertai dua lagi penjaga gol Argentina iaitu pemain Chelsea, Willy Caballero…










