Guru Sains didakwa atas pertuduhan kesalahan seksual - Utusan Malaysia

Guru Sains didakwa atas pertuduhan kesalahan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR – Seorang guru mata pelajaran Sains di sebuah sekolah menengah di Lenggong didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar di sini semalam atas 19 pertuduhan kesalahan seksual terhadap tiga pelajar lelaki pada September hingga Mac lalu.

Tertuduh, Wan Khairul Aznim Wan Zahari, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas ke­semua pertuduhan terhadap­nya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan enam kesalahan seksual dan kelucahan melampau terhadap tiga pelajar lelaki iaitu dua mangsa berusia 14 tahun dan seorang 17 tahun.

Duda yang tidak mempu­nyai cahaya mata itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah sekolah menengah dan sebuah premis di sekitar Gerik kira-kira pukul 2 pagi hingga 11 malam pada 14 September hingga 25 Mac lalu.

Bagi kesemua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibacakan bersama Seksyen 16(1) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN