KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan akan menunaikan janjinya untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas membentuk kerajaan persekutuan. Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dikembalikan semula untuk menggantikan GST. “Tidak ada pengunduran (GST), ia adalah pembatalan, kita tidak memerlukannya, kita kembali kepada cukai jualan,” katanya pada sidang media di sini hari ini. GST sebanyak enam peratus di Malaysia diperkenalkan pada 1 April 2015 untuk…










