Gobind teliti kejadian libatkan sistem komunikasi menjelang PRU-14 - Utusan Malaysia

Gobind teliti kejadian libatkan sistem komunikasi menjelang PRU-14

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Beberapa kejadian seperti serangan BOT terhadap telefon bimbit semasa Pilihan Raya Umum Ke-14  (PRU-14) 9 Mei lepas serta laporan tentang arahan tertentu yang didakwa dikeluarkan bagi melakukan sekatan terhadap portal dalam talian pada malam hari mengundi, menarik perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Turut menjadi perhatian beliau ialah pencerobohan terhadap data peribadi yang dilapor menjejaskan berpuluh juta pelanggan telefon bimbit.

“Saya telah meminta laporan tentang beberapa insiden itu daripada kementerian saya,” kata Gobind  dalam catatan melalui Facebook dan Twitternya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, ia termasuk aduan berkaitan panggilan spam daripada nombor tidak dikenali kepada  telefon ahli politik daripada kedua-dua pihak pada hari mengundi, yang dikatakan telah menghalang mereka  untuk berkomunikasi dengan jentera pilihan raya masing-masing.

Menurut Gobind, beliau akan mengkaji semula peruntukan tertentu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta memberi pertimbangan terhadap cadangan agar peruntukan berkenaan dipinda. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini