Gobind mahu semak semula akta-akta tertentu - Utusan Malaysia

Gobind mahu semak semula akta-akta tertentu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 22 Mei – Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mengkaji semula akta-akta tertentu yang melibatkan kebebasan media di negara ini dalam usaha memastikan laporan berita disampaikan tanpa kekangan.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, selain Akta Antiberita Tidak Benar 2018, akta-akta itu termasuk Akta Hasutan 1948, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa wujud halangan tertentu ekoran penguatkuasaan akta berkaitan sehingga menyebabkan kandungan berita yang dihasilkan kerap dipertikaikan.

“Pihak kementerian mahu satu sistem yang mana para wartawan bebas menulis dan melaporkan berita manakala sebarang kritikan dialu-alukan,’’ ujarnya pada sidang akhbar sulung di pejabatnya selepas sesi taklimat bersama para pegawai kanan kementerian.

Gobind turut menyatakan, pelbagai usaha lain turut digerakkan bagi mencapai matlamat kebebasan media termasuk menubuhkan Majlis Media. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN